seorang anak bertanya kepada ibunya yang sedang menulis surat .
" ibu menulis tentang pengalaman kita ya ?"
pertanyaan si anak , si ibu berhenti menulis dan mendapatkan anaknya dan berkata ,
"ibu sedang menulis tentang kamu tapi apa yang lebih penting daripada isi tulisan ini ialah pensil yang sedang ibu gunakan . ibu amat berharap kamu bakal menjadi seperti pensil apabila dewasa kelak . "
si anak yang tidak puas hati terus bertanya .
"apa keistimewaan pensil tu ? bukan ke ia sama macam pensil yang lainnya ? "
sambil tersenyum ibunya menjelaskan hal sebenar .
"pensil ini mempunyai 5 kualiti hidup yang jika diamalkan selalu pasti membuat hidup kita tenang .. "
KUALITI PERTAMA
(pensil mengingatkan kamu untuk bersyukur)
*pensil takkan bergerak sendiri tanpa seseorang itu mnggerakkannya . pergerakan manusia itu dibantu oleh kudrat yang dikurniakan tuhan . tanpa kudrat itu , kita takkan mampu berbuat apa apa . sebab tu , kita harus bersyukur atas segala nikmat sama ada kecil atau besar atas apa yang dikurniakan . pensil turut mengajar kita tak mampu hidup sendiri tanpa ada bantuan .
KUALITI KEDUA
(pensil memberi peluang memperbaiki kesilapan)
dalam proses menulis , adakalanya kita terpaksa berhenti dan gunakan pengasah untuk menajamkan pensil sebelum boleh terus menulis . semasa diasah , si pensil ini akan merasa sakit dan menderita . sama juga macam kehidupan kita . tak semudah apa yang kita harapkan . kadangkala kita juga terpaksa berhenti dan melalui pelbagai kepayahan dan penderitaan . tapi jangan sesekali kita cepat mengalah kerana jika kita berusaha memperbaiki kelemahan itu , pasti kejayaan akan datang menghampiri .
KUALITI KETIGA
(pensil memberi kita peluang mengubah kesalahan)
tulisan yang salah dihapuskan dengan pemadam . ia mengajar kita bahawa melakukan kesalahan dalam hidup ini bukan perkara yang memalukan dan harus dikesali . setiap orang belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukannya . ia membantu kita untuk terus berada di landasan yang betul .
KUALITI KEEMPAT
(tulisan yang cantik dipengaruhi oleh apa yang ada didalam pensil , bukan bahagian luarnya)
bagi memastikan tulisan itu cantik dan jelas , apa yang penting adalah kualiti karbonnya , bukan hanya bergantung pada cantik atau tdak luaran pensil itu . sama juga dengan manusia , kecantikan seseorang itu menyerlah daripada hatinya . jika mempunyai sikap dan personaliti yang baik , maka zahirnya juga akan turut kelihatan cantik . sebab itu , sentiasalah berusaha untuk menyemai sikap sikap positif dalam diri .
KUALITI KELIMA
(pensil selalu meninggalkan tanda)
tulisan yang salah dan dipadam selalu meninggalkan tanda . seperti juga dalam kehidupan , kita harus sedar apa pun yang kita buat dalam hidup ini pasti meninggalkan kesan . justeru , sebelum melakukan apa apa tindakan yang kurang baik , fikir dulu agar tak mendatangkan kesan buruk dimasa hadapan .
everyone jadilah macam pensil :))
9 comments:
maksud tersirat...
yups ^^ . like it (=
cakap ada follow.tp cari2 takde pun:(.hheheh
datang cni balik.
ternyata guna pencil sggh bermakna..hehe nak guna pencil la,tak nak guna pen..hehe
follow sni ye..
kuikui . bagus ar :)
thanks follow
hehe..saya suke pensel picit..tahan lama...
bagus sekali Analogi pensel dengan kehidupan ini..
nk jdi mcm pensel..^_^
tulisan cantek dipengaruhi dlm pensel bukan diluarnye ^_^
yeah . PENSIL pen0h makna :D
wow ! baru tawu larh . .mmg sweet larhh , our life like a pencil . .
Post a Comment